KENALI PENULIS

Seorang pemuda yang optimistik dan bersemangat. Sentiasa sensitif dengan persekitaran kehidupan dan mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku. Life in UPNM telah mengajar diri erti sebuah kehidupan sebagai seorang pegawai kadet Muslim Mukmin. Menjadikan weblog ini sebagai wadah perkongsian yang sihat dan seterusnya mempertingkatkan kualiti diri dari hari ke hari.

WARNA KEHIDUPAN

Berlatarbelakangkan suasana Kampus UPNM sekitar tahun 2009/2010, penulis berusaha berkongsi bersama pembaca peristiwa peristiwa dan iktibar yang berlaku di sekitar kehidupan penulis sebagai seorang pegawai kadet. Semoga blog "How I Survive Here" akan menjadi peringatan dan motivasi kepada penulis khususnya dan kepada semua pembaca

Sekitar Ecochallage Training



Ecochallage training

Bebanan Tayar


Ecochallage training

Bebanan Balak

Photobucket

Bebanan Tong Pasir


Photobucket

Rentas Halangan * Monkey Rack

lagi gambar di
Blog Rasmi Batalion Jebat
Blog Permata yang dicari

nantikan video klip ecochallage training batalion jebat

UPNM- Ecochallage interbatallion -ukhwah

alhadullillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam utk para rasul junjungan seterusnya kepada semua para pembaca sekalian. Alhamdullillah, tidak jemu jemu saya menuturkan kata kata puji bagi Allah, yang menguasai seluruh kekuatan fizikal dan mental saya dan anda sekalian. Tanpa bantuan dan rahmat Allah, saya yakin saya tidak mampu bergerak sejauh ini.

post kali ini saya ingin berkongsi bersama sama pembaca sekalian, bagaimana suasana Ecochallage interballion UPNM yang akan berlangsung 8hb Disember ini dari perspektif saya sebagai pegawai kadet muslim mukmin yang juga terpilih untuk mewakili battalion.

Sesungguhnya peserta yang menyertai pertandingan ini bukanlah calang calang orang. Setiap batalion akan menghantar 2 team @ platun yang terdiri daripada 29 orang ahli termasuk reserve. Antara cabaran yang akan diharungi oleh perserta ini adalah cross country@ jungle trekking sejauh 8 kilometer, melintasi halangan ( halangan yg sukar bg saya adalah melepasi tembok 6 kaki), menembak, berlari mengelilingi kawasan upnm dan berkayak sejauh hampir 1 km. di sepanjang pertandingan, setiap team @ platun perlu membawa bersama 2x tayar ranrover, 2 batang log dan 4 tong pasir seberat 5-7 kg.

sesungguhnya yang menjadi faktor kejayaan sesebuah team2 platun bukan berdasarkan kekuatan fizikal ahli kumpulan atau kehebatan individu tertentu. tetapi faktor kejayaan dan kepuasan akan dapat dicpai dengan kekuatan ukhwah dan kerjasama.

ulama' telah menyatakan bahawa
"yang saya maksudkan dengan ukhwah adalah hati dan jiwa yang terikat dengan ikatan aqidah"

ukhwah adalah hati atau jiwa yang teriikat. ikatan apa yang mampu mengikat hati dan jiwa ini? adakah ikatan atau faktor ecochallage. jika faktor ekochallage, maka ukhwah yang dipupuk ini hanya akan terbatas pada dan sewaktu ekochallage sahaja dan tidak akan kemana. jika begitu, ikatan apa?

ukhwah yang dimasudkan adalah hati yang terikat dengan ikatan aqidah dan tauhid kepada Allah. ukhwah ini adalah lahir daripada kasih sayang dan perasaan ubudiyyah kepada Allah swt. Darjat paling rendah adalah salamatus sadri dan darjat paling tinggi adalah al ithar iaitu mengutamakan sahabatnya, rakan seperjuangannya daripada dirinya sendiri.

apabila saya membincangkan persoalan darjat ukhwah, masyallah, semmemangnya anggota platun saya mencapai tahap ithar. di dalam sesi latihan pagi tadi, saya ditugaskan mengangkat tong pasir bersama beberapa orang rakan saya secara bergilir gilir. Takdir allah, giliran saya tiba ketika mendaki bukit. setelah berjalan sejauh 3.5 km, terlalu sukar untuk saya mendaki bukit berkenaan yang saya anggar setinggi 3@4 tingkat dengan kadar secedungan adalah hampir sahja 80 darjah. di tangah tengah perjalanan tersebut saya berhenti rehat dan tong pasir saya jatuhkan ke tanah. tiba tiba rakan saya yang dibelakang saya mengangkat kembali tong tersebut dan meneruskan perjalanan tanpa coloteh. masyaallah, saya memahami, beliau telah letih kepenatan membawa tong pasir tersebut ketika giliran beliau sebentar tadi. inilah yang dikatakan ithar, mengutamakan sahabtnya daripada dirinya sendiri.. banyak kisah yang menarik yang ingin saya kongsikan. akibat masa yang selalu mengongkong pegawai kadet, setakat ini sahaja yang mampu saya kongsikan bersama anda sekalian.

doakan moga moga allah melapangkan masa saya untuk berkongsi bersama anda pada masa akan datang
 

different paths

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent

Search Engine Submission - AddMe