KENALI PENULIS

Seorang pemuda yang optimistik dan bersemangat. Sentiasa sensitif dengan persekitaran kehidupan dan mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku. Life in UPNM telah mengajar diri erti sebuah kehidupan sebagai seorang pegawai kadet Muslim Mukmin. Menjadikan weblog ini sebagai wadah perkongsian yang sihat dan seterusnya mempertingkatkan kualiti diri dari hari ke hari.

WARNA KEHIDUPAN

Berlatarbelakangkan suasana Kampus UPNM sekitar tahun 2009/2010, penulis berusaha berkongsi bersama pembaca peristiwa peristiwa dan iktibar yang berlaku di sekitar kehidupan penulis sebagai seorang pegawai kadet. Semoga blog "How I Survive Here" akan menjadi peringatan dan motivasi kepada penulis khususnya dan kepada semua pembaca

Sekitar Ecochallage Training



Ecochallage training

Bebanan Tayar


Ecochallage training

Bebanan Balak

Photobucket

Bebanan Tong Pasir


Photobucket

Rentas Halangan * Monkey Rack

lagi gambar di
Blog Rasmi Batalion Jebat
Blog Permata yang dicari

nantikan video klip ecochallage training batalion jebat

UPNM- Ecochallage interbatallion -ukhwah

alhadullillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam utk para rasul junjungan seterusnya kepada semua para pembaca sekalian. Alhamdullillah, tidak jemu jemu saya menuturkan kata kata puji bagi Allah, yang menguasai seluruh kekuatan fizikal dan mental saya dan anda sekalian. Tanpa bantuan dan rahmat Allah, saya yakin saya tidak mampu bergerak sejauh ini.

post kali ini saya ingin berkongsi bersama sama pembaca sekalian, bagaimana suasana Ecochallage interballion UPNM yang akan berlangsung 8hb Disember ini dari perspektif saya sebagai pegawai kadet muslim mukmin yang juga terpilih untuk mewakili battalion.

Sesungguhnya peserta yang menyertai pertandingan ini bukanlah calang calang orang. Setiap batalion akan menghantar 2 team @ platun yang terdiri daripada 29 orang ahli termasuk reserve. Antara cabaran yang akan diharungi oleh perserta ini adalah cross country@ jungle trekking sejauh 8 kilometer, melintasi halangan ( halangan yg sukar bg saya adalah melepasi tembok 6 kaki), menembak, berlari mengelilingi kawasan upnm dan berkayak sejauh hampir 1 km. di sepanjang pertandingan, setiap team @ platun perlu membawa bersama 2x tayar ranrover, 2 batang log dan 4 tong pasir seberat 5-7 kg.

sesungguhnya yang menjadi faktor kejayaan sesebuah team2 platun bukan berdasarkan kekuatan fizikal ahli kumpulan atau kehebatan individu tertentu. tetapi faktor kejayaan dan kepuasan akan dapat dicpai dengan kekuatan ukhwah dan kerjasama.

ulama' telah menyatakan bahawa
"yang saya maksudkan dengan ukhwah adalah hati dan jiwa yang terikat dengan ikatan aqidah"

ukhwah adalah hati atau jiwa yang teriikat. ikatan apa yang mampu mengikat hati dan jiwa ini? adakah ikatan atau faktor ecochallage. jika faktor ekochallage, maka ukhwah yang dipupuk ini hanya akan terbatas pada dan sewaktu ekochallage sahaja dan tidak akan kemana. jika begitu, ikatan apa?

ukhwah yang dimasudkan adalah hati yang terikat dengan ikatan aqidah dan tauhid kepada Allah. ukhwah ini adalah lahir daripada kasih sayang dan perasaan ubudiyyah kepada Allah swt. Darjat paling rendah adalah salamatus sadri dan darjat paling tinggi adalah al ithar iaitu mengutamakan sahabatnya, rakan seperjuangannya daripada dirinya sendiri.

apabila saya membincangkan persoalan darjat ukhwah, masyallah, semmemangnya anggota platun saya mencapai tahap ithar. di dalam sesi latihan pagi tadi, saya ditugaskan mengangkat tong pasir bersama beberapa orang rakan saya secara bergilir gilir. Takdir allah, giliran saya tiba ketika mendaki bukit. setelah berjalan sejauh 3.5 km, terlalu sukar untuk saya mendaki bukit berkenaan yang saya anggar setinggi 3@4 tingkat dengan kadar secedungan adalah hampir sahja 80 darjah. di tangah tengah perjalanan tersebut saya berhenti rehat dan tong pasir saya jatuhkan ke tanah. tiba tiba rakan saya yang dibelakang saya mengangkat kembali tong tersebut dan meneruskan perjalanan tanpa coloteh. masyaallah, saya memahami, beliau telah letih kepenatan membawa tong pasir tersebut ketika giliran beliau sebentar tadi. inilah yang dikatakan ithar, mengutamakan sahabtnya daripada dirinya sendiri.. banyak kisah yang menarik yang ingin saya kongsikan. akibat masa yang selalu mengongkong pegawai kadet, setakat ini sahaja yang mampu saya kongsikan bersama anda sekalian.

doakan moga moga allah melapangkan masa saya untuk berkongsi bersama anda pada masa akan datang

29/11/2009 1833H

Assalamualaikum..

Alhamdullilllah, perbarisan tadi tamat jam 6.20 PM. (bermula jam 3.30pm)

Antara Aktiviti yang dilakukan
1. Perbarisan di dataran wawasan mengikut intake
2. Larian ( Dataran Wawasan -> bulatan MTD -> naik bukit -> lalu depan Dewan Tun Templer -> turun tangga -> lari melalui QM -> melalui Blok Batalion Jebat -> Lalu Masjid Aljazari -> depan blok bestari -> terus ke padang UPNM)


3. Side roll setengah padang

Antara pengumuman
1. perbarisan perasmian LKU
2. Pakaiaan : Full loreng, backpack layout, camourflage, beret, jungle hat disimpan dlm porches
3. berbaris paras berdasarkan ketinggian dalam intake

bagaimana dengan saya??

perancangan malam ini
7.00mlm - solat magrib di surau al jazari
- makan
- baca al quran
- solat isyak
8.30 mlm - persiapan backpack layout
10.00 mlm - rollcall malam
- tidur

SMS latihan Ketenteraan Umum Disember 2009

"Sebarkan daripada OC.. 291600H nov 09 berpakaiaan half loreng berbaris di dataran wawasan. 300730H berpakaiaan full loreng, backpack pasir, beret, jungle hat di simpan di dalam porches n muka pakai camourflage bersedia utk pembukaann LKU dipadang. makesure xder anak buah yg absent. pada 29hb terbabit n x der cuti sambung. arahan lanjut akan diberitahu dari masa ke semasa. harap maklum n bertindak. pmd kepada rank holder jebat.." - 01329880**


Perbarisan Kembali Ke UPNM

Tarikh : 29 Nov 2009
Masa :1600H
pakaiaan : half loreng
Lokasi : Dataran Wawasan, UPNM


Perbarisan Perasmiaan LKU


Tarikh : 30 Nov 2009
Masa :0730H
Pakaiaan : Full loreng, backpack pasir, beret, jungle hat (di simpan di dalam porches), camourflage
Lokasi : Padang Sukan, UPNM

Pengalaman Satu Hari penuh cabaran dan iktibar


Assalamualaikum.
Tarikh : 7 November 2009

Alhamdullillah, segala puji bagi Allah yang mencipta diri saya dan diri kalian sidang pembaca sekalian. Hari ini berasa cukup bertuah dan sungguh indah. Mengapakah saya menyatakan demikian?
Perhatikan ayat di dalam surah Ar- Ra’d ayat 28, “Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”. Menurut Hilal Asyarf di dalam bukunya Langit Ilahi, Ketenangan ini tidaklah hadir kerana meditasi atau pengasingan diri kita dari alam sejagat. Tetapi ketenangan ini hadir kerana hubungan kita dengan pencipta kita yakni Allah swt. Tidak kira di mana kita berada, jika kita mengingati Allah, menyebut nyebut namaNya, insyaAllah hati kita akan menjadi tenang.

Sekitar kehidupan Kadet 7 November 2009
Kehidupan saya pada hari itu bermula dengan kejutan lembut seorang sahabat saya tepat jam 4.00pagi. Saya terpanggil untuk bangun qiammullail pada pagi itu setelah melihat sahabat saya sedang bertakafur di atas sejadah tanpa mensyaki apa apa badai ujian yang akan menimpa kami pada pagi itu.
Saya bangun berpagi pagian kemudian meletakkan diri dihadapan tuhan. Pagi tersebut sungguh tenang untuk saya kembali menguatkan ikrar saya untuk melaksanakan tugas saya sebagai hamba walaupun saya bergelar sebagai pegawai kadet. Saya meminta tolongNya dan memohon petunjukNya. Saya memperbaharui janji taat setia untuk mengabdikan diri kepadaNya. Dengan cara inilah saya mulakan hari tersebut. Sungguh saya katakan, saya mulakan hari tersebut cukup berbeza dengan hari hari yang lain tanpa mensyaki apa apa ujian yang mendatang.
Benar, perancangan Allah cukup hebat. Pagi tersebut battalion saya mula berbaris tepat jam 6.15pagi.. suasana agak gelap dan sejuk. Setelah check strength@ memeriksa kehadiran , bacaan doa dan nyayian lagu selesai, kami dibenarkan memasuki wisma pegawai kadet. Malangnya, akibat terlalu awal, wisma pegawai kadet belum dibuka lagi. Ada sesetengah menyatakan wisma pegawai kadet akan dibuka setelah Komandan ALK sampai. Yang mana benar Wallahua’lam. Kami menunggu. Selang beberapa minit, kami diminta untuk berbaris kembali. Tujuan kami berbaris tidak dimaklumkan. Setelah 15 minit atau kurang, kami dibenarkan sekali lagi memasuki wisma untuk bersarapan. Walaubagaimanapun, kami hanya dibenarkan bersarapan selama 15- 20 minit. Kemudian kami diminta berbaris kembali. Dan baris ketiga memakan masa hampir 1jam 30 minit.
3 kali berbaris di dalam satu pagi sebenarnya amat menyeksakan jiwa pegawai kadet, mengganggu konsentrasi bagi yang akan menduduki final paper jam 9.00 pagi hari tersebut dan menyebabkan tekanan kepada kadet. Bagi saya, itu adalah part of the training.
Ujian kami bukan setakat itu, setelah kami berbaris keli ketiga, pemeriksaan pakaiaan mula dilakukan. Kali ini pegawai bertugas hanya memeriksa misai kompani B, iaitu kompeni saya. Bagaimana dengan saya? Saya adalah seorang pemuda yang bermisai tebal dan walaupun saya cukur licin, saya seoalah olah seperti tidak bercukur. Dengan lafaz tawakkal, saya memohon kepada Pencipta saya agar pegawai bertugas tidak menemui cacat cela saya. Alhamdullollah, Allah melindungi aib saya. Sekali lagi saya menyakini Allah bersama sama kita di mana jua kita berada sebenarnya. Pembarisan ketiga tamat lebih kurang jam 8.00 pagi atau lebih lewat daripada itu. Tamat peristiwa pagi.
Peristiwa Petang
Kami dikehendaki berbaris di hadapan Wisma Pegawai Kadet jam 4.45 petang. Alhamdullillah, perbarisan agar lancar, semua skuad saya turun berbaris tepat pada masanya. Perbarisan tersebut dibuat untuk member taklimat berkenaan dengan Latihan Ketenteraan Umum (LKU). Hmmm.. tidak sabar rasanya menjalani latihan tersebut. Latihan tersebut bermula pada 29hb Nov sehingga 24hb Dec 2009. Moga moga Allah permudahkan latihan tersebut utk saya lalui. Saya mendoakan agar Allah tidak menguji sesuatu yang dimampu kami hadapi.
Di dalam perbarisan tersebut, sahabat saya telah memaklumkan kepada saya bahawa saya tersenarai di dalam senarai nama kadet yang melakukan kesalahan pada pagi tadi seperti kesalahan tidak bercukur dan lewat turun baris. Sedangkan saya pagi tersebut tidak melakukan apa apa kesalahan. Hukuman bagi setiap pesalah adalah berpakaiaan FSMO lengkap berbaris di dataran Wawasan jam 10.00mlm ini.
Alhamdullillah, setelah saya berdoa dan bertawakkal, pada jam 6.00 ptg, teman seperjuangan saya datang ke bilik. Ketika itu saya sudah bersiap sedia peralatan FSMO saya dan saya meredai segala kesilapan yang menyebabkan nama saya tersenarai. Beliau menyatakan bahawa terdapat salah faham di dalam senarai tersebut dan menyatakan bahawa yang sepatutnya memakai FSMO pada malam tersebut adalah DIA, teman karib saya. Sukar untuk menerima hakikat ini. Sungguh saya katakan, berdasarkan kepada fizikal saya yang kurus kering, tidak mampu untuk saya melalui ujian hukuman ini. Tetapi saya juga tidak sanggup untuk membiarkan teman karib saya mengambil tempat saya. Tetapi, saya menghormatinya kerana beliau menyatakan bahawa ini adalah kesalahan beliau dan dia harus bertanggungjawab. Saya menghormati dan menyanjungi kejujurannya. Terima kasih kerana menjadi teman saya, wahai sahabat.
Pada malam tersebut juga, dua orang teman rapat saya datang menziarahi saya. Agak lama saya tidak menemui mereka. Sungguh rindu. Moga moga Allah memberkati mereka berdua.
Banyak lagi yang saya ingin kongsikan bersama anda semua. Antaranya berkenaan seorang rakan sekelas saya menghubungi saya dan menyuarakan rasa kekesalan kerana ramai rakan rakan sekelas meniru di dalam final exam. Selain itu, isu berkenaan bagaimana peranan seorang pemimpin dalam mendidk orang yang dipimpin dan bagaimana untuk meningkatkan kembali moral dan motivasi serta menstabilkan emosi anak buah sekiranya berhadapan dengan tekanan yang mengganggu emosi dan mental mereka. Insyaalllah saya akan menulis secepat yang mungkin.

Standing Marks For Computer Applications (TMT 1123)


Assalamualaikum..

Alhamdullillah, sama sama mengatur syukur kepada Allah swt kerana dengan izin dan rahmatnya Allah menyusun kehidupan kita dengan penuh hikmah dan penuh ketelitian. Tiada satupun aktiviti atau peristiwa yang kosong dan hambar dalam kehidupan kita sebenarnya. Walaupun, di sana kita merasai kekosongan atau hambar, walau di sana kita merasai kesedihan dan kemurangan, walau di sana kita merasai kerusingan, kekalahan dan kegagalan. kita jangan lupa, segala galanya telah diatur dengan penuh hikmah.

Walaubagaimanapun, kita tidak lupa untuk berdoa moga moga Allah tidak menguji sesuatu dugaan atau ujian yang tidak mampu kita hadapi, cabaran yang tidak mampu kita pikul. semoga, Allah tidak membiarkan kita keseorangan terumbang ambing di dalam gelora dan ribut taufan badai ujian Allah swt.

Apapun, segala masalah, dugaan, cabaran yang melanda jiwa kita, haruslah kita kembali kepada Allah swt. Kita menyakini Allah sahajalah penyelesai segala masalah, Allah sahajalah penentu markah dan keputusan final kita..

Oklah.. atas permintaan ramai, especially untuk kawan kawan di 'Lumayan Resort', di sini saya salin keputusan/ standing marks/ carry marks untuk Computer Application.. sesiapa yang tidak berpuas hati dengan result yang dapat boleh berjumpa dengan Puan Syuhaila.. Moga moga Allah mengerakkan hati Puan Syuhaila untuk menambah/ menolak markah anda..



NAMA - MARKAH (60%)
Tengku Yusra - 43.4
Munirah - 43.95
Khairul Farmizi - 45.4
Salleh - 44.15
Nurnaziera -40.7
Muhammad Azizan -43.925
Mohd Zulfakar Bin Jamaluddin Ansor - 43.55
Al Hanifa - 49.8
Assamaelah - 52.175
Low Xi Hu - 49.2
Mohammad Zulfakar Bin Abas - 48.5
Sahren Bin Misnan -49.2
Ahmad Aizuddin - 41.7
Noramirah Binti Suhidan - 44.3
Rathivarman - 49.325
Taufeeq Ridha - 46.85
Ainul Mardziah - 48.575
Fauzi - 45.175
Anas - 44.425
Iqbal - 40.8
Nur Amin - 46.175
Suffi Suhaidi - 41.8
Zaki - 42.3
Hafiz Nasaruddin - 48.45
Bangzai - 52.35
Syahir - 51.075
Taufik Awang - 44.3
Nur Hakeem - 45.45
NorFizani-49.2
Syed - 50.125
Haidir - 42.575
Azhar - 45.925
Zulfadli - 48.2
Affiqi- 47.425
Hafiz Hussin - 42.925
Syafiq Ahnaf - 42.825
Panglima - 44.025
Rizal - 40.025
Gary - 38.575
Kagat - 44.9
Ariff Saad - 38.225
Irfan - 0
Haiyi - 10.5
 

different paths

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent

Search Engine Submission - AddMe